KUALA LUMPUR: Dua pengadil hoki dari Malaysia, K. Ilanggo dan Eric Koh, mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) apabila dilantik mengadili Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India pada 24 Nov hingga 5 Dis ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Ranjit Singh berkata pelantikan dua pegawai itu membuktikan bahawa pengadil daripada Malaysia mempunyai kualiti tersendiri hingga mendapat kepercayaan daripada badan induk hoki dunia.
Beliau berharap ia menjadi pembakar semangat untuk pengadil lain agar meningkatkan prestasi mereka agar turut diberi kepercayaan mengadili kejohanan antarabangsa pada masa hadapan.
"Saya bagi pihak jawatankuasa berasa bangga kerana ada dua pengadil Malaysia yang bertugas di Piala Dunia Remaja.
"Kami berharap pada masa hadapan dalam kejohanan seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia akan ada lebih ramai pengadil daripada Malaysia akan betugas," katanya dalam kenyataan.
Ranjith berkata KHM sebelum ini telah menghantar Ilanggo bersama skuad senior kebangsaan ke Siri Jelajah United Kingdom (UK) untuk mengadili perlawanan di sana termasuk perlawanan ujian sebagai persediaan buat dirinya.
"Sedikit sebanyak pengalaman di sana diharap akan membantu Ilanggo sebelum mengadili perlawanan di Piala Dunia Remaja Lelaki.
"Ketika membuat keputusan untuk menghantar Ilanggo, Eric masih belum dilantik oleh pihak FIH, kerana itu, kami hanya menghantar Ilanggo.
"Bagaimanapun, Eric adalah seorang pengadil yang cukup berpengalaman dan telah mengadili Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2018 juga di Bhubaneswar.
"Jadi pengalaman Eric tentu akan membantu beliau dan kedua-dua pengadil kini telah bersedia sepenuhnya menjelang kejohanan tersebut," katanya.
Sementara itu, Ranjit berkata Jawatankuasa Pengadil KHM juga merancang untuk menggunakan kesibukan kalendar kejohanan antarabangsa 2022 sebagai platform menghantar lebih ramai pengadil ke kejohanan antarabangsa bagi menaik taraf pengadil tempatan.
Beliau berkata Malaysia memiliki 11 pengadil bertaraf antarabangsa, serta 30 pengadil dalam Kelas 1 yang berpotensi besar untuk dinaik taraf kepada pengadil kelas antarabangsa sekiranya prestasi mereka berada pada tahap terbaik.
"Kami akan melihat kejohanan-kejohanan yang ada agar proses menaik taraf tahap pengadil Malaysia akan terus berjalan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
K. Ilanggo dan Eric Koh, mendapat pengiktirafan daripada FIH apabila dilantik mengadili Piala Dunia Remaja Lelaki 2021 di Bhubaneswar, India pada 24 Nov hingga 5 Dis ini. - Foto Facebook/Malaysian Hockey Confederation
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Adam, pemain termuda Malaysia bagi JWC 2023
Pemain tengah berusia 17 tahun, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari menjadi pemain termuda dalam pasukan hoki Malaysia untuk cabaran Piala Dunia Remaja (JWC) Lelaki 2023.
Piala Dunia: Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol penting - Marhan
Perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Rabu penting bagi 'Speedy Tigers' dalam usaha menyesuaikan pemain dengan corak permainan berintensiti tinggi.
Arul harap Speedy Tigers kekal momentum untuk atasi Ireland
Skuad hoki lelaki kebangsaan bertekad meneruskan momentum kemenangan untuk mengatasi Ireland pada separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Afrika Selatan.
Harimau Malaysia lawan Great Britain untuk tiket Tokyo
Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020.